Pages

Bengkak Susu Jika Di Biarkan Boleh Mengancam Ibu - Part 2 Pakai Kobis

Ummi terus call cik saniah mintak datang rumah, cerita dekat Cik Saniah pasal bengkak susu yang ummi alami. malam tu lepas maghrib bermulalah sesi urut mengurut...ooppssss...jangan salah faham pulak tau.
Selesai tu, rasa lega sikit...sebab memang dari awal dah niat nak nyusukan faiq, memang Allah berikan rezeki dengan kemeriahan susu.
Bangun pagi, ingatkan dah okey...sekali lagi ummi rasa sebelah payudara tidak kosong sepenuhnya walaupun faiq dah menyusu malam tu. Nak pergi kerja macam ni, tahan ke nk tunggu sampai ke petang. Terus teringat dalam peti ada kobis,mak pernah bagi petua letak kobis untuk mengurangkan bengkak t***k.
Buka peti ais, ambil kulit kobis yang paling lembut sekali...jangan ambil bahgian luar sekali, keras tu...kang dah macam pakai bra besi plak. So pagi tu sebelah bra ada kobis sebelah lagi natural...huhuuuu...tapi letak kobis ni sejukkk jeee. Takdelah rasa sakit sangat kan. 
Hasil maklumat pasal bengkak susu. ummi membuat andaian sendiri yang ummi mengalami saluran susu tersumbat sebab sebelah payudara hanya menjadi hangat, bengkak, merah dan keras dikawasan dimana saluran susu tersebut sahaja. Yes, memang itu yang dialami.  Lihat gambar di bawah, nampak kawsan susu tersumbat tu. 

Masa perah susu, ummi perasan ada macam selaput tau, lapisan kulit yang tertutup menyebabkan susu tak keluar. Masa tu dah tak fikir apa, terus ambil jarum untuk pecahkan selaput tu. Lepas tu Alhamdulillah susu keluar memancut2. Ya Allah rupanya ini yang dialami, bayangkan selama ni menyusu anak pertama dan kedua tak de plak pengalamn seperti ni. Ini memang pengalaman dan ilmu yang sangat berguna pada ummi. Oh ya, jangan gunakan jarum untuk cucuk sampai dalam2 tau, nanti boleh berlaku pendarahan...hanya pecahkan selaput tu je.
Apa yang ummi buat bila dah tau jadi macam ni, ummi amalkan pengambilan Vitamin C untuk menguatkan imuniti badan sebab bengkak ni boleh buat kan seseorang tu demam tau. Ingatkan dah okey, rupanya masih berlarutan. nak tau apa lagi yang berlaku Kita nak sambung next entry ye.


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...