Masalah pembuangan memang
selalu menganggu sistem badan kita. Ia membuatkan kita rasa kembung dan
akhirnya bertoksik dan akhirnya hormon badan akan terganggu. Cuba
perhatikan, mereka yang selalu membuang selalunya ramping dan kurus.
Kalau tidak pun, mesti org tersebut punya metabolisme yang rendah.
Sistem
penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Semasa proses
pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang
utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru dan
hati..Jika kita berusaha untuk membersihkan badan kita tetapi membiarkan sisa
buangan terkumpul dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia
dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula
ke dalam sel badan kita...Badan yang dibebani dengan kandungan toksin akan
menunjukkan simptom-simptom seperti penghadaman yang tidak sempurna, sembelit,
kembung perut, kelesuan, berat badan naik, keadaan kulit yang tidak sihat,
tekanan mental, tidur yang tidak lena, ruam kulit, sakit tekak, daya tumpuan
lemah, sakit kepala, mulut berbau, tahap glukos darah yang tidak seimbang,
mukus berlebihan dan badan berbau. Pengamal perubatan semula jadi percaya
bahawa simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat
tinggi.
Pengambilan makanan mestilah mengandungi fiber dalam setiap hidangan, kerana fiber dapat menjana usus berfungsi dengan lebih baik dan dapat melancarkan pergerakan makanan di dalam usus. Makanan yang mengandungi fiber termasuk emping jagung, oat, sayuran dan buah-buahan.
Selain itu mestilah mengandungi jumlah lemak yang betul. Terlalu sedikit akan menyebabkan najis menjadi keras, manakala terlalu banyak boleh mengganggu fungsi usus. Terdapat banyak jenis lemak: lemak ikan, minyak zaitun, minyak canola ,almond boleh meredakan keradangan pada usus. Selain itu, perlu juga mengambil sedikit (tidak terlalu banyak) lemak dari kekacang, avocadoe, telur, minyak bunga matahari, kacang soya dan minyak jagung.
No comments:
Post a Comment