Assalamualaikum semua, belum terlambat nak ucapkan Selamat hari Malaysia. Asalnya takde nak plan ke mana-mana pun. Tapi Husband ajak pergi cari barang untuk opis baru. Orang baru pindah opis kan, memang excited la nak hias sana sini. Bila tanya nak cari barang apa? Rupanya ajak pergi cari paper tray, temapt alat tulis, tong sampah macam2 la. Kononnya nak hias bilik cantik-cantik supaya semangat untuk bekerja lebih ummpphhhhh. Kita layankan je la ye, macam pindah rumah baru plak tengok pada keterujaannya.
Kami decide untuk ke Bangi je cari kedai Mr. DIY. Sebab dapat tahu kedai DIY ni macam-macam ada.
Belum masuk lagi dah teruja sebab cantik dan menarik dari luar. Ambil troli, terus zazzzzzzz bergegas ke dalam. Memang best, serius best barang sangat banyak. Harga pun berbaloi-bloi. Boleh pilih dan match kan sendiri..Nak hiasan rumah ada, untuk kelengkapan dapur ada, tandas ada...mainan kanak-kanak pun ada. Fuhhhh ini memang betul-betul menguji kesabaran. Sebab Iman dengan Rania berlari sana sini, Faiq pulak ikut belakang. Mau tidak melompat ummi...nak tau apa yang diaorg jumpa...
Iman nak yang ni boleh ummi. Lego Iman ni harganya RM39.00 ada 381cs.
Rania nak yang ni boleh ummi, Ummi tengok harga RM59.00 ada 386pcs
Nasib baik Faiq tak pandai lagi cakap nak...Faiq pilih masuk bakul, ummi pilih angkut keluar, Kalau ikut mau terbeliak biji mata masa bayar kat kaunter kang..hehehee.
Tu bahagian Iman dan Rania, ni plak hasil tangkapan husband.
Lampu ni harga dia RM 6.90 je untuk 2 biji lampu. Beli nak letak dalam almari, so takdela bila malam buka almari asyik terkejut je kan. Nak pilih baju, kang terpegang benda lain pulak...hehehe gurau je. Nak buka lampu waktu malam masa anak tidur risau anak-anak terjaga.
Kipas ni beli letak kat opis husband supaya sejuk dan nyaman sket masa bekerja. Tong sampah ni pun sama..kenapa mesti nak beli tong sampah ye..kita layankan je, rasanya semua pejabat mesti ada sediakan tong sampah kan...Paper tray tak jumpa kat DIY Bangi. Next time kita cari lagi.
Ni hasil tangkapan ummi...mana boleh tengok saje. Mesti nak jugak tangkap 1 atau 2 barang. Murah la kotak ni. RM 7.90 sahaja. Tapi tengok siapa yang rembat...1 Iman rembat untuk letak mainan dia, 1 lagi Rania rembat. Habis ummi apa yang ada...huhuuuhuuu mau nangis la camni.
Bagi yang nak pergi usha-usha kedia DIY ni, boleh pergi ke alamat di bawah.
Tingkat 3
Bangi Utama, 43650 Bandar Baru Bangi.
Kalau rasa keliru Bangi Utama ni dekat mana, pernah pergi Warta tak? Haa kedai DIY ni ada dalam warta, naik lif terus pergi tingkat 3.
Selamat memborong.
Hihi. Kalau ke Diy tu memang rambang mata. Suami suka sgt g Sana. Brg murah n byk. Puss hati dpt bawak balik sebakul. He he
ReplyDeleteWww.natrahmohamed.com