Pages

Bahaya Air Kosong

Kebanyakan para ibu gemar memberikan air kosong dengan alasan mahu membilas lidahnya yang diselaputi dengan kesan putih yang timbul selepas menyusu. Malah ada juga yang menggunakan air kosong semata-mata mahu merawat jaundis yang dialami bayi baru lahir. 

Ibu-ibu JANGAN berikan anak anda yang baru lahir air kosong. Jom kita buat research sedikit. Kenapa air kosong sangat merbahaya kepada bayi. Menurut Dr. Jennifer Anders, Pakar Pediatrik dari John Hapkins Children's Centre, bayi berusia 6 bulan ke bawah tidak memerlukan air tambahan selain susu ibu kerana ia boleh meragut nyawa.



Tahukah kita sebagai ibu bahawa susu ibu mengandungi 88% AIR. Jadi bayi kita tidak memerlukan sebarang air tambahan. Kesan putih yang timbul boleh dihilangkan dengan mengelap menggunakan kain lembut yang dibasahakan dahulu. Manakala jaundis dapat diatasi dengan kerap memberi susu ibu dan bilirubin dalam tubuh dapat disingkirkan dengan cepat melalui pembuangan air atau najis.

Ingatlah selalu bahawa susu ibu mempunyai amaun yang mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi. Setiap kali bayi nampak dahaga, bagi susu badan ye. Ibu juga perlu tahu bahawa buah pinggang bayi masih belum cukup matang. Memberi air kosong berlebihan akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair yang berlebihan dan akibat kehilangan garam itu, ia bakal mempengaruhi aktiviti otak bayi.

Antara masalah yang boleh timbul rentetan daripada memberi air kosong kepada bayi berusia bawah 6 bulan :
  1. Mengancam nyawa - KENAPA? Air kosong yang kita beri berkemungkinan mengandungi kuman lazimnya apabila ia diperolehi daripada sumber tidak bersih/selamat. Oleh itu, bayi kita terdedah kepada masalah cirit-birit.
  2. Menghakis Pelindung Penyakit - Air kosong akan menghakis salutan pelindung (imun) yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kita kepada pelbagai jenis penyakit.
  3. Merencatkan tumbesaran - Saiz perut bayi sangat kecil, apabila diberi air kosong akan menyebabkan dia kenyang dan tidak berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya bayi tidak mendapat khasit susu ibu yang sangat diperlukannya. Air kosong tidak mengandungi apa2 jenis khasiat, jadi akibatnya pertumbuhan dan kesihatan bayi terjejas.
  4. Jaundis - Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin dalam darah dan didapati menigkatkan risiko jaundis. Hasil kajian yang dijalankan oleh pakar laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi yang terkena jaundis sehingg boleh menyebabkan masalah terencat akal.
Berdoalah agar bayi kita selamat dan dilindungi. Para ibu digalakkan menyusu bayi dengan susu ibu, sebolehnya sehingga bayi kita berusia 6 bulan. Bukanlah suatu jangka masa yang lama, tetapi faedah dan khasiat dari susu ibu tidak terhingga.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...