Discoid Lupus
erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah
manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus
(SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.
Bagi
pesakit DLE, ruam bermula dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan
kasar dan meninggalkan parut. Tompok ini di muka, di belakang telinga
dan di kulit kepala. SLE menyebabkan pelbagai gejala. Ruam merah yang
bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung.
Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya,
kelesuan, dan hilang berat badan.
Ada
juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi,
kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis
dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.
Penghidap
SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal
untuk jangka waktu yang panjang; dengan rawatan ubat corticosteroid dan
immunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun
terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang
tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut.
“Bentuk
rawatan Lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar
untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah
dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk
kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu
dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau
losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk
melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi
pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian
dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.
Bagi
anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada
amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan
aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari
tekanan juga sangat membantu.
No comments:
Post a Comment