Thalasemia
adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan
jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh
perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin
adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh
badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah
yang teruk. Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang
berfungsi dengan baik.
Penyakit
ThTalasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa
kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan
mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak
dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan
fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh
kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.
Epidemiologi :
Penghijrahan
masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam
masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke
seluruh negara di dunia.
Seorang
daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Di
Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 600 ribu hingga 1 juta adalah
pembawa Talasemia dan dianggarkan seramai 2500 pesakit pembawa Talasemia
Utama. Biasanya kaum Melayu, Cina dan Sabah tetapi jarang terdapat di
kalangan kaum India dan juga rakyat peribumi Sarawak.
Bagaimana Talasemia boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak?
Setiap
manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan
sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang
mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah
merah.
Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:
- Kedua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.
- Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.
- Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko. Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut.
No comments:
Post a Comment