Pages

Thalasemia ~Adakah Anda Pembawa

Thalasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk. Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.
 
Penyakit ThTalasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Epidemiologi :
Penghijrahan masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia.

Seorang daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 600 ribu hingga 1 juta adalah pembawa Talasemia dan dianggarkan seramai 2500 pesakit pembawa Talasemia Utama. Biasanya kaum Melayu, Cina dan Sabah tetapi jarang terdapat di kalangan kaum India dan juga rakyat peribumi Sarawak.

Bagaimana Talasemia boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak?

Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah.

Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:
  • Kedua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.
  • Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.
  • Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko. Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut.

SLE ~ Kenali Tanda-tandanya

Discoid Lupus erythematosus (DLE) yang hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius dipanggil Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.

Bagi pesakit DLE, ruam bermula dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut. Tompok ini di muka, di belakang telinga dan di kulit kepala. SLE menyebabkan pelbagai gejala. Ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.

Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit. 

Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal untuk jangka waktu yang panjang; dengan rawatan ubat corticosteroid dan immunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut. 

“Bentuk rawatan Lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya. Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan. 

Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan juga sangat membantu.

Kenali SLE ~Adakah kita antara Penghidapnya?

LUPUS pada dasarnya adalah penyakit berkaitan kecelaruan sistem auto imun. Masalah auto imun adalah penyakit yang berlaku apabila tisu badan diserang sistem imun atau pertahanannya sendiri. Sistem imun adalah satu sistem yang kompleks dalam tubuh, direka khusus untuk menyerang ejen-ejen jangkitan seperti bakteria dan mikrob asing. Satu cara sistem imun menyerang jangkitan ialah dengan menghasilkan antibodi yang terikat dengan mikrob. 

Mereka yang menghidap lupus menghasilkan antibodi yang tidak normal dalam darah yang tertarik untuk menyerang tisu dalam tubuh mereka sendiri berbanding ejen jangkitan asing. Oleh kerana antibodi dan sel yang mengiringi keradangan boleh menjejaskan tisu di mana saja dalam tubuh, lupus punya potensi untuk menjejaskan banyak bahagian tubuh. Masalah lupus menjejaskan sistem organ seperti kulit, sendi, dan organ dalaman.

Sebab yang tepat bagi menjelaskan mengapa masalah auto imun tidak normal boleh menyebabkan lupus masih tidak diketahui. Faktor seperti diwarisi secara genetik, virus, sinar ultra ungu dan ubatan tertentu adalah kebarangkalian yang ada memainkan peranan.

Perunding Perubatan dan Rheumatologi Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, Dr Kuan Woon Pang, berkata faktor genetik meningkatkan kemungkinan akan terhasilnya penyakit auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis, dan gangguan auto imun thyroid adalah paling biasa dialami dikalangan mereka yang punya pertalian dengan pesakit lupus namun dalam kes tertentu ia tiada kena mengena dengan sejarah keluarga.

“Lupus boleh dihidapi lelaki dan wanita. Bagaimanapun 90 peratus penghidap lupus adalah wanita yang mana lazimnya dihidapi pesakit berusia antara 10 hingga 50 tahun terutama mereka yang berketurunan Afrika-Amerika dan juga Asia,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Gejala penyakit ini berbeza-beza dan meluas serta boleh menjejaskan beberapa bahagian tubuh. Pada otot skeletal ia menjejaskan sendi dan menyebabkan sakit sendi yang ringan hinggalah kepada serius. Lupus juga boleh menyebabkan athritis pada tangan. Kulit pula boleh terjejas oleh ruam, jangkitan kulit dan bintil lebam yang menyakitkan. 

Buah pinggang menghasilkan deposit protin dan boleh menyebabkan kegagalan renal, dan pesakit memerlukan dialisis. Sistem saraf boleh menyebabkan disfungsi mental, sawan, psikosis dan sakit kepala yang teruk. Darah beku boleh terbentuk begitu juga pulmonari embolism. Jantung pula boleh menyebabkan sakit dada, endocraditis, dan myocarditis. Gejala pada jantung berkemungkinan ada kaitan dengan dengan kesan yang diberikan Lupus pada darah, akibat pembekuan yang boleh berlaku. 

Sesak nafas begitu juga pleurisy boleh terjadi di dalam paru-paru akibat Lupus. 

Ada dua jenis lupus - iaitu DLE & SLE. tanda-tanda

Spaghetti Garlic ~ Suami Suka Anak Ceria

Ummi sediakan spaghetti Garlic untuk breakfast suami dan anak2. Abg Iman, Rania & baby Faiq sangat suka bila sebut spaghetti. Nak sediakan nyer sangat mudah dan tidak memrlukan masa yang lama...tadaaaa

 whole-wheat spaghetti with garlic (6)

Bahan-bahan :

250 gm Spaghetti
3 Hot dog @ isi ayam
5-6 ulas bawang puih = tumbuk
1 sudu kecil serbuk Lada hitam
1/2 cwan air panas 
1 kiub ayam @ stok ayam
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil parsley
Olive oil untuk menumis

* Caranya :
  1. Tumis bawang putih dengan minyak masak or olive oil sampai naik bau.
  2. Masukkan sosej @ isi ayam.
  3. Lepas tu masukkan air panas atau air rebusan spaghetti.
  4. Letak kiub pati ayam. (kalau pakai home-made chicken stock skip no.3)
  5. Masukkan spaghetti, gaul.
  6. Masukkan garam dan lada hitam, oregano, parsley.
  7. Gaul sekejap, rasa dan terus boleh hidang.

Sup Tofu Telur

Menu simple je untuk hidangan tengahari, yang penting berkhasiat dan suami serta anak-anak suka. Ummi masak sup tofu telur je, buat kuah lebih sikit supaya baby faiq pun boleh makan. Dulu pernah buat sekali tapi tofu tu digoreng sekejap, rania dengan a.iman tak berapa gemar. So kali ni, ummi tak goreng nampak tofu lebih menarik sebab licin dan suci murni je warna tofu. Tak sangka licin hari ini. Resepinyer mudah jer, jom ummi kongsikan supaya esok2 nak buat lagi senang refer je kat sini. Nanti Rania dah besar, refer blog ummi tau. Kalau ummi tulis kat buku, gerenti buku ke mana resepi pun entah ke mana.
Bahan-Bahan :

2 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
2 paket tofu telur



1 btg. carrot- sederhana besar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
1 biji telur
3 cwn air/secukupnya

1/2 btng lada merah- di hiris serong
sedikit daun sup dan daun bawang- utk tabur


* Caranya :  


1. Potong tofu setebal 1 inci dan ketepikan, dan carrot... ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bwng putih, bawang merah dan halia 
3. Masukkan sedikit air dan masukkan serbuk lada hitam, kacau sebati dan masukkan sos tiram dan kiub pati ayam...kacau lagi.
4. Masukkan bahan2 yg dipotong dan hirisan cili merah, tambahkan air selebihnya..pecahkan telur dan gaul sekali sekala.
5. Masukkan tofu yg di potong tadi.
6. Kacau sekali sekala dan perasakan. 


Sekiranya dah ok, matikan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburkan bersama daun bawang dan daun sup yang telah dicincang.

Selamat menjamu selera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...