Pages

Showing posts with label Sembelit. Show all posts
Showing posts with label Sembelit. Show all posts

Sembelit Antara Petanda Toksin Sangat Tinggi Dalam Badan


Masalah pembuangan memang selalu menganggu sistem badan kita. Ia membuatkan kita rasa kembung dan akhirnya bertoksik dan akhirnya hormon badan akan terganggu. Cuba perhatikan, mereka yang selalu membuang selalunya ramping dan kurus. Kalau tidak pun, mesti org tersebut punya metabolisme yang rendah. 

Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Semasa proses pembersihan badan, bahan buangan akan disalurkan kepada 5 organ perkumuhan yang utama untuk dikumuhkan iaitu kulit, buah pinggang, kolon, paru-paru dan hati..Jika kita berusaha untuk membersihkan badan kita tetapi membiarkan sisa buangan terkumpul dengan banyak di dalam organ perkumuhan tanpa memastikan ia dibuang dengan cara yang sepatutnya, sisa buangan ini pasti akan diserap semula ke dalam sel badan kita...Badan yang dibebani dengan kandungan toksin akan menunjukkan simptom-simptom seperti penghadaman yang tidak sempurna, sembelit, kembung perut, kelesuan, berat badan naik, keadaan kulit yang tidak sihat, tekanan mental, tidur yang tidak lena, ruam kulit, sakit tekak, daya tumpuan lemah, sakit kepala, mulut berbau, tahap glukos darah yang tidak seimbang, mukus berlebihan dan badan berbau. Pengamal perubatan semula jadi percaya bahawa simptom-simptom ini menunjukkan tahap toksin dalam badan yang sangat tinggi.

Pengambilan makanan mestilah mengandungi fiber dalam setiap hidangan, kerana fiber dapat menjana usus berfungsi dengan lebih baik dan dapat melancarkan pergerakan makanan di dalam usus. Makanan yang mengandungi fiber termasuk emping jagung, oat, sayuran dan buah-buahan.

Selain itu mestilah mengandungi jumlah lemak yang betul. Terlalu sedikit akan menyebabkan najis menjadi keras, manakala terlalu banyak boleh mengganggu fungsi usus. Terdapat banyak jenis lemak: lemak ikan, minyak zaitun, minyak canola ,almond boleh meredakan keradangan pada usus. Selain itu, perlu juga mengambil sedikit (tidak terlalu banyak) lemak dari kekacang, avocadoe, telur, minyak bunga matahari, kacang soya dan minyak jagung.


 

Kanak-Kanak SEMBELIT Menyumbang Kepada Masalah Penyakit Kronik



Sembelit boleh menyumbang kepada masalah penyakit kronik kepada anak anda. Oleh itu jangan dipandang ringan jika mereka mengalami masalah ini.  Tanda-tanda anak anda mengalami sembelit adalah mereka mengalami senak perut, kurang selera makan, gelisah dan kerap buang air kecil.
 
Sembelit berlaku kerana najis mereka keras dan kering.  Ia adalah kerana anak anda jarang membuang air besar.  Faktor utama sembelit adalah kerana kekurangan kandungan serat di dalam diet harian mereka dan juga kerana kekurangan jumlah air yang diminum.  Serat dan jumlah air yang cukup adalah sangat penting untuk pergerakan makanan di dalam usus.  Gangguan pergerakan makanan dalam usus akan menyebabkan najis terkumpul dan akan menyebabkan najis keras dan menyukarkan pembuangan air besar.


Masalah sembelit juga adalah disebabkan  oleh penyakit hirschprung yang sering di alami oleh bayi lelaki yang menghidapi sindrom down.  Ini adalah kerana masalah saraf usus yang tidak sempurna yang menyebabkan mereka mengalami masalah sukar membuang air besar.

Sembelit juga mungkin adalah disebabkan oleh masalah usus tersumbat.  Masalah ini selalunya dialami sejak lahir lagi kerana bahgian usus mereka sempit.  Ia hanya boleh diatasi dengan pembedahan.

BAHAYA SEMBELIT
  1. Penyakit saraf - Sembelit adakalanya menjadi petanda kepada penyakit lain seperti penyakit saraf, cerebral palsy dan masalah tulang belakang.
  2. Jangkitan air kencing - Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.
  3. Pendarahan dan dubur luka - Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak.  Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anak anda meneran sehingga bahagian luar duburnya akan luka dan berdarah.  Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan.
  4. Kesan psikologi - Kajian doktor mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mempunyai kurang keyakinan diri. 
CARA MENGATASI MASALAH SEMBELIT
  • Mengawasi pemakanan - Galakkan anak anda mengambil makanan berserat tinggi seperti  buah-buahan, sayur-sayuran dan lebihkan meminum air masak.
  • Memastikan anak anda membuang air besar dengan posisi yang betul iaitu dengan mencangkung atau duduk di atas mangkuk tandas.  Mangkuk tandas kanak-kanak ada dijual di pasaran. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...