Pages

GLA Untuk Kesihatan Wanita

GLA merupakan keperluan unik yang diperlukan oleh setiap wanita untuk setiap peringkat usia. GLA membantu wanita menangani isu kitaran haid seperti PMS dan proses menopaus.

Mengapa GLA

GLA (asid inolik gama) juga mengandungi vitamin E, dan minyak benih bunga matahari.
* Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
* Minyak benih bunga matahari adalah sumber asid lemak omega-6

GLA penting untuk setiap wanita memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak omega-6 yang digunakan oleh badan untukmembentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Manfaat Utama GLA:


  • Mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Melambatkan menopaus
  • memperbaiki prostatomegaly
  • Menentang kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit
  • menghalang komplikasi diabetes
  • Pelansingan dan menghalang pertambahan berat badan
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Memperbaiki tekstur rambut
  • Hiperaktif dan autisme 

Antara testimoni makan GLA 



Kita digalakkan berusaha Allah SWT yang menyembuh.

Dapatkan GLA Complex dari Shaklee hari ini!



Hubungi :
  • SMS/Whatsapp di 019-2112858
  • Sila isi borang pesanan
  • PM dan Add Friend di Facebook Zie AZiela 
  • Emel ke norazilahmr@gmail.com
  **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kenali Darah Tinggi dan Pencegahannya

Tekanan darah tinggi atau "hypertension" bermaksud tekanan tinggi di dalam arteri-arteri. Arteri-arteri adalah pembuluh darah yang mengangkut oksigen dari jantung ke seluruh sel dan organ badan. Tekanan darah tinggi bukan bermaksud tekanan emosi yang berlebihan, walaupun tekanan emosi dapat meningkatkan tekanan darah untuk sementara.


Apakah faktor risiko Tekanan Darah Tinggi?

Umur : Orang tua lebih mudah untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi. 
 
Jantina : Pada orang muda: lelaki lebih banyak yang menderita tekanan darah tinggi berbanding dengan perempuan. Namun pada usia yang lebih tua dari 45 tahun,kedua-dua jantina mempunyai risiko yang sama untuk menderita penyakit ini.
 
Berat badan : Orang yang berlebihan berat badan atau obesiti lebih senang menghidap penyakit ini. 


Riwayat keluarga : Apabila kedua ibubapa menghidap tekanan darah tinggi, risiko untuk anaknya mendapat penyakit ini adalah tinggi

Diet : Makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Pengambilan garam yang berlebihan.

Perokok 

Tekanan emosi
 
Sosio-ekonomi


Bagaimana untuk mengetahuinya ?

Dengan melakukan ujian Blood pressure..dengan menggunakan alat di atas atau yang ini. Biasa kalau kita demam, pening kepala, muntah, cirit-birit, ujian tekanan darah adalah biasa dilakukan. 

BP tuan/puan/cik/en/pakcik.makcik.......OK...
Pernah ke kita terfikir bagaiman yang dikatakan OK, bagaimana yang dikatakan dan tidak Ok.

BP tinggi ni, ada stress ke kebelakangan nii....Ayat ni pun biasa dengar jugakkan...mari kita semak samaada BP anda NORMAL ...........>>>>>



So, lepas ni senang la nak tau...simpa untuk rujukan...bila Dr bgtau BP bolehla cek berada di tahap mana,dan kenala jaga kesihatan.

Bagaimana supplement shaklee boleh membantu anda....
  • >> Omega - Melancarkan darah & menghalang pembekuan
  • >> B-Complex - Menurunkan stress
  • >> Ostematrix - mengandungi magnesium
  • >> VIVIX - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • >> Lecithin - Mengemulsi lemak
  • >> Vit C - Menghalang pembekuan darah
Kita sama2 cegah dan berusaha yang selebihnya Allah SWT menentukan.

Untuk maklumat lanjut dan konsultansi


Hubungi :
  • SMS/Whatsapp di 019-2112858
  • PM dan Add Friend di Facebook Zie AZiela 
  • Emel ke norazilahmr@gmail.com
 
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Ceritera Ramadhan 1434H


[1 Ramadhan]

Jem teruk la, bangsar to Putrajaya...Sempat ke nak masak untuk berbuka hari ini. Sempat tak sempat mesti kena sempat jugak. Suami dah remind kalau boleh bulan puasa cuba untuk masak tak kisah lauk yang simple sekalipun...hermmmm...simple??? ikan dalam tin je la bang dengan telur mata kerbau..ni betul2 simple..hehe...

Tapi, saya tau  kita sebagai isteri takkan sanggup nak masak yang sesimple itu. Paling kurang ada jugak ayam goreng atau ikan goreng dgn sambal belacan...ni pun kategori simple jugak...takde ke jiran2 sebelah nak hantar lauk, macam duduk kt kampung. Dulu-dulu ingat lagi, kalau mak masak untuk berbuka punyala banyak, anak mak dah memang ramai...tapi mak cakap nak bagi jiran2 sama...biasa dalam pukul 6.30 tu kitaorang adik beradik akan di arah hantar ke rumah cik nah, cik yah, cik mek, cik leha, semua cik dalam satu blok 10 la senang..best sangat, sbb bila kita hantar juadah yang mak sediakan untuk berbuka, jap lagi karang anak2 makcik ni plak akn hantar juadah berbuka diaorang...bila time nak berbuka penuh ats tikar...macam2 ada....


[ 2 Ramadhan ]

Betul2 simple...part jemput tu je nampak simple, ala nasi tak nampak la pulak...menu hari ni nasi minyak hujan panas sampai ke petang dgn ayam masak merah dan acar. 2 pinggan suamiku menambah....lepas tu mulala berdiri depan cermin posisi mengiring sambil tengok perut...salah sapa kalau perut ke depan....mak jugakkkk



















[3 Ramadhan]

Agak rajin sebab belek buku resepi untuk cari idea. Kebetulan ada gajus, maka jadilah ayam gajus untuk menu hari ini...tadaaaa...sayur pulak brocoli goreng bersama udang dan ikan selayang goreng....gambar ikan tak sempat nak snap...









[4 Ramadhan ]




Jemput kentang,sayur campak2, kerutub ayam dengan kuih tok aji serban (beli hokey)..sebab ada orang teringin..ikutkan jela sebab tengah demam kan...nyudahnya lepas buka tak sentuh pun, I jugakla yang tukang perabih...sok2 kalau zie I dah bulat jgn sorang jalan depan sorang nun jauh 100 meter ke belakang..sebab dah bulat mcm teddybear kan...hehe









[5 Ramadhan ]

Bersilat sesorang di dapur nak menyiapkan soto, bergedil nak racik ayam ditambah dengan faiq yang nak berkepit dengan umminyer...Alhamdulillah berjaya jugak...

[6 Ramadhan]

Menu ringkas kala berbuka. Nasi lomak tambah dengan sambal udang harum wangi resepi chef hanieliza.



10 Sikap Buruk Manusia Yang Dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan - Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap - Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.


3. Suka marah-marah - Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.



4. Hasad dengki - Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil - Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah - Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia - Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong - Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri - Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak - Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

* Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Ramadhan Kembali Lagi

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam.

Dah bersedia untuk menyambut Ramadhan pada hari esok (10 Julai 2013)

Jangan lupa niat puasa


Semoga Ramadhan kali ini akan memberi sejuta keberkatan dan kita dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Pengurusan Berat Badan ?

Apa itu pengurusan berat badan?

Untuk memeperolehi bentuk badan yang menarik dan berat badan yang unggul, kita haruslah mengetahui dahulu apa itu pengurusan berat badan.

Pengurusan berat badan amat mementingkan keseimbangan dalam pengambilan kalori daripada makanan dan penggunaan kalori tersebut dalam aktiviti fizikal harian. Pengambilan berat badan biasanya diakitkan dengan memakan terlalu banyak kalori dan gaya hidup yang kurang aktif.


Pengambilan kalori = Penggunaan      Pengambilan kalori > Penggunaan

         BERAT BADAN IDEAL                          BERAT BADAN BERLEBIHAN

 
Jadi mana satu pilihan anda? BERLEBIHAN , IDEAL atau KURANG berat badan. 
Bagaiman ingin mengetahuinya?

BMI (Body Mass Index) iaitu Indeks Jisim Tubuh. BMI merupakan formula yang digunakan oleh WHO (World Health Organization) untuk menilai berat badan serta perkaitannya dengan ketinggian seseorang. Ia merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat di dalam badan kita.

Pengiraan BMI :   

BMI  =         Berat Badan           
           Tinggi (m) x Tinggi (m)

Contoh  :          65 kg            =  27.1
  1.55 x 1.55

Bandingkan nilai BMI anda dengan jadual di bawah :


 Indeks Jisim Tubuh (BMI)
 Keadaan Berat Badan
> 18.5
 Kurang Berat Badan
 18.5 hingga 24.9
 IDEAL
 25 hingga 29.9
 berat Badan BERLEBIHAN
 30 dan >
 OBES

RISAU ??? GEMBIRA ??? Pilihan di tangan anda, tiada siapa yang mengubah melainkan diri kita sendiri.

Tentukan target jika ingin medapatkan berat badan ideal :

  1. Tentukan berat badan ideal anda
  2. Ketahui sebab peningkatan berat badan
  3. Elakkan bergantung kepada kaedah penggantungan berat badan yang cepat
  4. Elakkan kekerapan memakan makanan luar
  5. Elakkan makan dengan gelojoh, makan dengan perlahan-lahan (40 kali kunyah-sunah nabi)
  6. Amalkan tabiat "makan sedikit tapi kerap"
  7. Tekad dan Yakin
Bagaimana Supplement Shaklee boleh membantu anda?

Tunggu apa lagi ...

Hubungi:

  • SMS/Whatsapp di 019-211285
  • PM dan Add Friend di Facebook Zie AZiela
  • Emel ke norazilahmr@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...