Pages

Lapis Roti Berdaging Sangat Mudah, rasa Seperti Lasagna

Dah beberapa kali buat kuih ni. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Kali ni atas permintaan husband, nak bawak ke office bagi kawan2 rasa. So,alang-alang dah buat apakata saya share kan dengan anda semua.

Bahan-bahannya :
(untuk 6-8 orang)

  • 1 biji Bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Daging cincang   
  • 2 biji Kentang saiz sederhana
  • 2-3 sudu besar Rempah kari daging
  • Susu 
  • Roti 6-8 keping
  • Telur
  • Cheese
  • Secubit garam
Mula-mula kita Kisar bawang besar dan bawang putih sampai hancur, kemudai potong kentang. Boleh potong dadu, tapi saya guna macam gambar bawah. Senang dan cepat.

 Tadaa inilah hasilnya selepas di parut.


Panaskan minyak, masukkan bawang kisar tadi hingga sedikit layu. Kemudian masukkan daging cincang. Saya guna daging cincng brand Ramly seperti dalam gambar.


Kacau bagi sebati kemudian masukkan kentang. Kacau lagi, masukkan rempah kari daging. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Goreng sehingga masak. Serasikan rasa mengikut citarasa anda.

Dalam bekas lain, satukan susu, telur dan secubit garam. Kacau dan masukkan roti yang diracik2. Kacau dan rendam roti sehingga kembang.


Kemudian ambil bekas, lenserkan sedikit marjerin supaya roti tidak melekat. Tuang separuh roti ke dalam bekas sebagai based. Letakkan daging (inti) yang telah dimasak ditengah-tengah. Terpulang pada anda nak letak banyak mana. Ikut pada citarasa masing-masing.

Kemudian, ulangi proses seperti awal tadi, tuangkan 1/2 roti yang direndam tadi. Akhir sekali letakkan cheese atau mozarella cheese. Letak banyak lagi best sebab sangat cheezy...yummmmmyyyyy

Dah Siap. Masukkan dalam Oven, bakar selama 30-40 minit pada suhu 170C atau sehingga lidi tidak melekat.

Gambar selepas tak sempat snap, semua tak sabar nak makan. Nak ambil gambar sekali dah licin daaa.

Cubalah, memang senang, mudah dan lazat. Pasti disukai suami dan anak-anak.

**Dapatkan suplemen Shaklee, hubungi saya 019-2112858 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...