Pages

Menu Mudah Sarapan Pagi

Pening kepala memikirkan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pagi tadi lepas solat subuh terus ke dapur tengok apa yang ada untuk dimasak. Nampak ada ada ubi keledek dengan roti.

Zassssss terus dikurniakan ilham apa yang sesuai untuk suami & 3 budak kecik ni. Faiq pun baru setahun jadi pemakanan pun kenala sesuai. Tung tang tung tang kat dapur dengan anak merengek lagi...tapi alhamdulillah siappp....

Bahan-bahan  :
2 biji telur rebus
4 keping roti
Kobis manis
1 sudu mayonis

Sandwich Telur
* caranya : gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk, kemudian letak di atas roti...hidangkan


Cek Mek Molek
 Bahan-bahan :
2 Biji ubi keledek saiz sederhana - kupas & rebus
1/2 mangkuk Tepung gandum
1 sudu merjerin
Gula

* Caranya : 
1. Lenyek ubi keledek sehingga lembut
2. Tambahkan marjerin, gaul lagi
3. Masukkan tepung, gaul sampai boleh dibentuk..boleh tambahkan tepung kalau terlalu lembik.
4. Masukkan gula di tengah2, 
5. Goreng dalam minyak panas...


Berapa kcal semua ni ?
Sekeping sandwich : 80kcal
Sebiji cek mek molek : 60kcal

Banyakkan, kalau dah makan cek mek molek 4 biji & sandwich 2 keping...berapa dah kalori untuk sarapan pagi je.



Gemuk? Subjektif, Tapi Menakutkan

Tengok pernytaan akhbar diatas. Tiada siapa nak jadi begitu kan. Kalau boleh semua orang nak kurus, langsing, ramping, cantik menarik, tertarik menawan kau memang debommm. Tapi biarlah kurus pun secara sihat. 



 
 
Pilihan di tangan anda, pilihlah cara dan kaedah yang selamat. Jangan terlalu obses nak kurus sampai membahayakan keselamatan dan kesihatan diri.

Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan, tetapi di Shaklee, bukti-bukti berpandukan Sains bukannya dakwaan dan ikutan semata-mata.

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...