Pages

Ketahui Rawatan Awal Cirit Birit Ketika Mengandung


Masalah sakit perut dan cirit-birit biasa berlaku ke atas sesiapa sahaja termasuk ibu hamil. Puncanya adalah masalah tersilap makan. Tentu sahaja bakal ibu berasa bimbang akan keselamatan anak dalam kandungan.
Sebenarnya selagi anda sihat, badan mempunyai banyak kaedah pertahanan semula jadi yang dapat melindungi bayi. Walaupun ibu hamil mengalami masalah cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun kehilangan tenaga dan air dalam badan akibat cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan menjejaskan kesihatan ibu sendiri. Oleh itu beberapa langkah rawatan awal mesti dilakukan seperti berikut:

*Banyak berehat kerana anda pasti keletihan akibat kehilangan banyak tenaga.

*Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.
*Walaupun sakit perut dan cirit-birit, anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
*Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.
*Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.
*Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.
Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli keluarga yang lain. Credit majalah PA&MA

Panduan Pengiraan Pengambilan Kalori Harian Anda

Apa khabar semua? Sejak cuti sekolah ni ramai yang bawak anak-anak pergi bercuti kan. Inilah masa dan peluang untuk ibu bapa bercuti dan beristirehat bersama keluarga. Saya sharekan untuk panduan bersama, senang bila dekat blog bila-2 masa walau dimana jua berada dihujunag jari sahaja. 
Almaklumlah cuti-cuti Malaysia, tempat makan antara pilihan yang perlu ada dalam senarai. Restoran atau gerai tidak menjadi masalah asalkan makanan tu sedapppp....

Hasil carian dalam google saya himpunkan disini. Harap membantu untuk mengira kalori harian anda. Ingat ye, jumlah yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Manakala bagi wanita dewasa pula adalah 1600 hingga 2000 kalori sehari. 

  • BUKAN VEGETARIAN
NASI, MEE, BIHUN,KUETIAU DAN LAIN- LAIN

Hidangan Berat (g) Kalori (kcal) 


Bihun bandung 1 mangkuk 450 490

Bihun bandung + sayur + 1 biji telur rebus 1 mangkuk 250 350

Bihun goring 2 senduk 170 290

Bihun goreng + sayur + fish cake 2 senduk 140 240

Bihun goreng ala Cina 2 senduk 140 220

Bihun goreng putih 2 senduk 120 200

Bihun goreng Singapura 2 senduk 120 150

Bihun hailam + sayur + ayam 1 mangkuk 250 350

Bihun kantonis + sayur + ayam 1 pinggan 280 430

Bihun kari 1 mangkuk 250 325

Bihun kari + sayur + ayam 1 mangkuk 250 330

Bihun latna + sayur + ayam 1 mangkuk 250 380

Bihun rebus + sayur + ½ biji telur rebus 1 mangkuk 250 310

Bihun Soto 1 mangkuk cina 130 50

Bihun sup 1 mangkuk 200 200

Bihun sup + sayur + ayam 1 mangkuk 200 200

Bihun tom yam + sayur + ayam 1 mangkuk 250 230

Bubur ayam 1 mangkuk 200 70

Bubur daging 1 mangkuk 200 120

Bubur ikan 1 mangkuk 200 80

Bubur nasi 1 cawan 170 70

Bubur nasi + sayur campur + bawang goreng

+ ayam 1 mangkuk 150 140


Chap chye 1 senduk 60 50

Char kuetiau 2 senduk 120 230

Ketupat nasi 5 potong 200 215

Kuetiau bandung 1 mangkuk kecil 450 540


Kuetiau bandung + sayur + 1 biji telur rebus 1 mangkuk kecil 200 300

Kuetiau goreng + sayur + fish cake 2 senduk 120 250

Kuetiau goreng 2 senduk 170 320

Kuetiau hailam + sayur + ayam 1 mangkuk 250 380

Kuetiau kantonis + sayur + ayam 1 pinggan 280 410

Kuetiau kari 1 mangkuk 250 315

Kuetiau kari + sayur + ayam 1 mangkuk 250 320

Kuetiau latna + sayur + ayam 1 mangkuk 250 320

Kuetiau sup 1 mangkuk 250 140

Kuetiau sup + sayur + ayam 1 mangkuk 250 140

Kuetiau tom yam + sayur + ayam 1 mangkuk 250 210

Laksa + sayur + ½ biji telur rebus 1 mangkuk 250 240

Laksa Johor 1 mangkuk 250 330

Laksa Sarawak 1 mangkuk 250 320

Lemang 1 potong 30 100 
  •  Makanan Hidangan Berat (g) Kalori (kcal) Rujukan

Lontong + nasi impit 1 mangkuk 300 340

Makaroni ayam 1 senduk 100 150

Makaroni bakar 2 senduk 90 150

Makaroni goring 2 senduk 90 300

Mi bandung 1 mangkuk 450 550

Mi bandung + sayur + ayam 1 mangkuk 250 310

Mi goreng 3 senduk 170 280

Mi goreng + sayur + fish cake 3 senduk 150 250

Mi goreng mamak 3 senduk 150 270

Mi hailam + sayur + ayam 1 mangkuk 250 340

Mi hailam berkuah 1 mangkuk 250 340

Mi kantonis + sayur + ayam 1 mangkuk 280 410

Mi kari 1 mangkuk 410 530

Mi kari + sayur + ayam 1 mangkuk 250 320

Mi kungfu 1 mangkuk 250 220

Mi latna + sayur + ayam 1 mangkuk 250 400

Mi rebus 1 mangkuk 250 250

Mi rebus + sayur + ½ biji telur rebus 1 mangkuk 250 170

Mi siam 2 senduk 100 120

Mi sup 1 mangkuk 560 380

Mi sup + sayur + ayam 1 mangkuk 250 170

Mi tom yam + sayur + ayam 1 mangkuk 250 130

Mi udang sup 1 mangkuk 480 250

Mi wantan sup 1 mangkuk 250 125

Nasi ambang 1 hidangan 250 325

Nasi ayam (nasi sahaja) 2 senduk 100 16

Nasi ayam (set) 1 pinggan 250 280

Nasi ayam + ayam + sayur + sos cili 1 pinggan 250 450

Nasi beriani (nasi sahaja) 1 cawan 110 200

Nasi briyani (set) 1 pinggan 250 460 Atlas

Nasi briyani + ayam goreng berempah

+ sayur dal 1 pinggan 250 450

Nasi dagang 1 pinggan 250 510

Nasi goreng 3 senduk 150 290

Nasi goreng (biasa) + sayur + fish cake 3 senduk 150 290

Nasi goreng ayam + cendawan 1 set 240 450

Nasi goreng cendawan 3 senduk 150 290

Nasi goreng cina 3 senduk 150 320 N

Nasi goreng cina + sayur + telur 3 senduk 150 320

Nasi goreng gajus 3 senduk 150 330

Nasi goreng ikan masin 3 senduk 150 280

Nasi goreng ikan masin + sayur + ikan masin 3 senduk 150 280

Nasi goreng kampung 3 senduk 150 270

Nasi goreng kampung + sayur + fish cake 3 senduk 150 290

Nasi goreng kerabu 3 senduk 150 340

Nasi goreng lada hitam + sayur + ayam 3 senduk 150 290 

  • Makanan Hidangan Berat (g) Kalori (kcal) Rujukan

Nasi goreng paprik 3 senduk 150 240

Nasi goreng paprik + sayur + ayam 3 senduk 150 240

Nasi goreng pataya + sayur + ayam +

telur dadar 3 senduk 150 370

Nasi goreng pattaya 3 senduk 150 285

Nasi goreng udang + sayur 3 senduk 150 380

Nasi goreng USA 3 senduk 150 285

Nasi goreng USA + sayur + udang +

telur mata 3 senduk 150 490

Nasi impit 8 kiub 50 80 Atlas

Nasi kerabu 1 set 250 260

Nasi Khabsa 1 cawan 110 280

Nasi lemak (biasa) 1 set 180 320

Nasi lemak (set) 1 pinggan 200 340 Atlas

Nasi lemak ayam goreng berempah + timun

+ sambal 1 set 220 490

Nasi lemak rendang ayam/ daging + timu

+ sambal 1 set 420

Nasi lemak sambal sotong + timun + sambal 1 set 210 410

Nasi lemak telur mata kerbau + timun

+ sambal 1 set 180 350

Nasi minyak (kosong) 3 senduk 150 265

Nasi nenas 3 senduk 170 160

Nasi putih 2 senduk 150 200

Nasi tomato 2 senduk 100 185

Pasta 2 senduk 110 165

Soto 1 mangkuk 250 260

Soto ayam 1 mangkuk 490 510

Spagethi dengan keju & sos daging 1 mangkuk 440 440

  •  AYAM DAN DAGING

  • Makanan Hidangan Berat (g) Kalori (kcal) Rujukan

Ayam gajus 1 senduk 50 165

Ayam goreng 1 ketul 120 270

Ayam goreng berempah 1 ketul 90 200

Ayam goreng KFC

1 ketul(peha) 65 110

1 ketul (dada) 55 160

Ayam goreng madu 1 ketul 90 240

Ayam masak cili 1 ketul 90 140

Ayam masak halia 1 senduk 50 60

Ayam masak kicap 1 ketul 90 200

Ayam masak kunyit 1 senduk 50 80

Ayam masak kurma 1 ketul 90 190

Ayam masak kuzi 1 ketul 90 180

Ayam masak lemak cili api 1 ketul 90 150

Ayam masak lemon 1 ketul 90 160

  • Makanan Hidangan Berat (g) Kalori (kcal) Rujukan

Ayam masak lengkuas 1 senduk 50 80

Ayam masak merah 1 ketul 90 140

Ayam masak nyonya 1 ketul 80 140

Ayam masak paprik 1 senduk 70 70

Ayam masak sambal 1 ketul 100 180

Ayam masak tomato 1 ketul 100 150

Ayam panggang 1 ketul 90 130

Ayam panggang (tanpa kulit) 1 ketul 90 150

Ayam percik 1 ketul 80 140

Ayam percik Kelantan 1 ketul 80 140

Ayam seroja 1 ketul 90 110

Ayam Tandoori 1 ketul 100 200

Ayam Tandoori (tanpa kulit) 1 ketul 100 175

Bebola ikan goreng 1 senduk 40 105

Bebola ikan masak sambal 1 senduk 70 110

Braised Shark’s Fin Soup with Crabmeat 1 mangkuk kecil 100 90

Burger daging/ ayam 1set 100 240

Burger daging/ ayam special 1 set 130 290

Buttered prawn 5 ekor 100 180

Chicken boxing 3 ketul 50 120

Chilli prawn chinese style 3 ekor 60 120

Crispy Roasted Chicken with BBQ Sauce 1 ketul 90 170

Daging asam pedas 2 ketul (saiz kotak mancis)

80 70

Daging belada 2 ketul (saiz kotak mancis)80 90


Daging dendeng 1 ketul (saiz

kotak mancis)35 125

Daging goreng 1 ketul (saiz

kotak mancis) 40 140

Daging goreng kunyit 1 senduk 80 80

Daging kambing goreng 2 ketul (saiz

kotak mancis) 80 220

Daging kambing masak kurma 1 senduk 80 120

Daging kicap berempah 1 ketul (saiz kotak mancis)60 80


Daging lembu goreng 1 ketul saiz kotak mancis)40 140
Daging lembu masak merah 1 ketul+4 sudu
makan kuah 90 140
Daging masak asam pedas 1 ketul (saiz
kotak mancis)40 45

Daging masak dendeng 1 senduk 60 215
Daging masak halia 2 ketul 60 90
Daging masak hitam 1 senduk 90 145 

Jom lancarkan misi untuk mengira kalori, supaya kita tahu berapa banyak yang kita makan sehari.
 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Diet Mengikut Golongan Darah A, B, AB dan O

Assalamualaikum semua,
Tak sampai sebulan kita akan menyambut Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan untuk kita meningkatkan amal ibadat.  
Tapi yang bestnya bulan puasa, semua dah terbayang bazar ramadhan kan? Macam-macam ada...Malaysia memang kaya dengan makanan-2 yang lazat dan sedap untuk santapan anak tekak. Bagi yang suka membeli juadah tu, beli la mengikut kadaran perut, jangan mengikut nafsu...peringatan untuk diri sendiri jua.

Ni ada beberapa tips diet untuk dikongsi bersama. Bagi yang tak tahu darah jenis apa, tak dapatla nak menolong...kena la pergi klinik buat ujian darah untuk tahu darah anda jenis A, AB, B ataupun O.
 
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.

Diet Untuk Golongan Darah ‘A’
Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.

Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
  • Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
  • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah ‘O’
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D ‘Adamo ataupun tidak. credit to iluvislam

Berminat? 
Hubungi untuk konsultasi : 
✍ PM: http://www.facebook.com/messages/kongsi sihat
✐ Blog: http://kongsihat.blogspot.com/ 
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-211 2858 
➲ COD Area: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Bangi 

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...