Masalah sakit perut dan cirit-birit biasa berlaku ke atas sesiapa
sahaja termasuk ibu hamil. Puncanya adalah masalah tersilap makan. Tentu
sahaja bakal ibu berasa bimbang akan keselamatan anak dalam kandungan.
Sebenarnya selagi anda sihat, badan mempunyai banyak kaedah pertahanan
semula jadi yang dapat melindungi bayi. Walaupun ibu hamil mengalami
masalah cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan
menjejaskan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun kehilangan tenaga dan air dalam badan akibat cirit-birit
dan muntah-muntah mungkin akan menjejaskan kesihatan ibu sendiri. Oleh
itu beberapa langkah rawatan awal mesti dilakukan seperti berikut:
*Banyak berehat kerana anda pasti keletihan akibat kehilangan banyak tenaga.
*Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh.
Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi
sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.
*Walaupun sakit perut dan cirit-birit, anda mesti makan. Makan dalam
kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat
seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil
makanan yang berlemak atau pedas.
*Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.
*Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan
anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.
*Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.
Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada
orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci
tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan
cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli
keluarga yang lain. Credit majalah PA&MA
No comments:
Post a Comment