Pages

Bengkak Susu Jika Di Biarkan Boleh Mengancam Ibu - Part 4 Pengambilan Suplemen

Kita sambung lagi ye, banyak pulak story kan. Sebenarnya bagi yang pernah alami bengkak susu @ susu tersumbat lazimnya akan rasa seperti nak demam dsb. Apa yang saya buat sepanjang alami masalah susu tersumbat selain beberapa cara/tips untuk kurangkan bengkak ialah dengan pengambilan suplemen.

Suplemen yang saya pilih of course la Shaklee. Sebab, 1 suplemen tu boleh jadi multifunction. Saya amalkan pengambilan Vitamin C. Hanya 1 biji sehari untuk membantu menguatkan antibodi badan. Ini kerana apabila bengkak, peluang untuk ibu demam agak tinggi. Jadi saya ambil vitamin C.

Selain vitamin C, saya amalkan pengambilan lecithin. Lecithin juga membantu untuk mengurangkan bengkak payudara. Bagaimana tu? Lecithin kan fungsinya untuk mengurai lemak, so susu ibu mengandungi lemak. Jadi lecithin turut membantu. Selain itu, lecithin ni bagus untuk ibu menyusu sebab membantu mengurangkan lemak berlebihan yang tak disedari terlebih ambil masa mengandung. Ye la, seronok kan time ngandung makan macam2 dengan alasan baby yang ngidam. hehehe.

Bagi ibu-ibu yang alami sitausi seperti saya, itulah sedikit sebanyak perkongsian daripada saya berdasarkan pengalaman sendiri. Harap membantu.


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Bengkak Susu Jika Di Biarkan Boleh Mengancam Ibu - Part 3 Susu Bercampur Darah

Sambungan part 3 lambat sikit publish, maaf ye. Jom sambung cerita lagi. Lepas cerita pakai kobis tu ingatkan bengkak dah semakin ok. Sebab kadang2 nampak ok tapi kadang2 ada rasa bengkak dan keras. 

Balik kerja, macam biasa la nyusu kan faiq, sebelah lagi tu ummi perah susu...sebab susu banyak kan, sayangla kalau dibiarkan meleleh camtu jer. So perahla, perah perah perah...tiba2 rania tegur..ummiiiii..kenapa pulak budak rania ni jerit2...kenapa susu ummi jadi merah? Ya Allah, kenapa pulak ni..rupanya ada pendarahan dekat tempat saluran yang tersumbat tu...

Cuak, ummi letakkan faiq ambil tisu lap..sah memang betul darah...Panik tak tau nak buat apa...ummi tau kenapa berlaku pendarahan, sebab masa pecahkan selaput kat t****, kesilapan nya adalah ummi pergi cucuk dgn jarum sebab nak mudahkan susu tu keluar. Logik la sebab kalau tersumbat mesti kita nak cucuk supaya susu yang tersumbat tu keluar. Kat sinilah kesilapannya...buat ibu2 yang ada alami saluran tersumbat, pleaseeeee jangan cucuk...just pecahkan selaput tu je.

  **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Bengkak Susu Jika Di Biarkan Boleh Mengancam Ibu - Part 2 Pakai Kobis

Ummi terus call cik saniah mintak datang rumah, cerita dekat Cik Saniah pasal bengkak susu yang ummi alami. malam tu lepas maghrib bermulalah sesi urut mengurut...ooppssss...jangan salah faham pulak tau.
Selesai tu, rasa lega sikit...sebab memang dari awal dah niat nak nyusukan faiq, memang Allah berikan rezeki dengan kemeriahan susu.
Bangun pagi, ingatkan dah okey...sekali lagi ummi rasa sebelah payudara tidak kosong sepenuhnya walaupun faiq dah menyusu malam tu. Nak pergi kerja macam ni, tahan ke nk tunggu sampai ke petang. Terus teringat dalam peti ada kobis,mak pernah bagi petua letak kobis untuk mengurangkan bengkak t***k.
Buka peti ais, ambil kulit kobis yang paling lembut sekali...jangan ambil bahgian luar sekali, keras tu...kang dah macam pakai bra besi plak. So pagi tu sebelah bra ada kobis sebelah lagi natural...huhuuuu...tapi letak kobis ni sejukkk jeee. Takdelah rasa sakit sangat kan. 
Hasil maklumat pasal bengkak susu. ummi membuat andaian sendiri yang ummi mengalami saluran susu tersumbat sebab sebelah payudara hanya menjadi hangat, bengkak, merah dan keras dikawasan dimana saluran susu tersebut sahaja. Yes, memang itu yang dialami.  Lihat gambar di bawah, nampak kawsan susu tersumbat tu. 

Masa perah susu, ummi perasan ada macam selaput tau, lapisan kulit yang tertutup menyebabkan susu tak keluar. Masa tu dah tak fikir apa, terus ambil jarum untuk pecahkan selaput tu. Lepas tu Alhamdulillah susu keluar memancut2. Ya Allah rupanya ini yang dialami, bayangkan selama ni menyusu anak pertama dan kedua tak de plak pengalamn seperti ni. Ini memang pengalaman dan ilmu yang sangat berguna pada ummi. Oh ya, jangan gunakan jarum untuk cucuk sampai dalam2 tau, nanti boleh berlaku pendarahan...hanya pecahkan selaput tu je.
Apa yang ummi buat bila dah tau jadi macam ni, ummi amalkan pengambilan Vitamin C untuk menguatkan imuniti badan sebab bengkak ni boleh buat kan seseorang tu demam tau. Ingatkan dah okey, rupanya masih berlarutan. nak tau apa lagi yang berlaku Kita nak sambung next entry ye.


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Bengkak Susu Jika Di biarkan Boleh Mengamcam Ibu- Part 1


Ini kisah 6 bulan lepas. lambat post di sini.
Sejak kembali bertugas rutin harian seperti biasa Cuma ada sedikit pertambahan iaitu pam susu untuk baby Faiq. Ummi dah niat nak susukan faiq sehingga 2 tahun. Seperti biasa waktu perahan susu faiq di Office setiap 3 jam sekali. 

Lepas  solat zohor, ummi macam biasa perah susu faiq dekat surau. Siap sesi perahan,ummi  tengok sebelah  payudara tidak kosong walaupun dah selesai sesi perahan. Bila pegang masih bengkak…Timbul rasa pelik, kenapa jadi macam ni. Pam lagi sekali tapi susu keluar tak banyak, payudara masih lagi bengkak.

Terus rasa cuak. Kenapa ni…tak pernah lagi berlaku macam ni. Ummi urut2 kan jugak supaya kembali lancar. Balik kerja ambil anak-anak dekat taska, masa tu memang dah tak sabar nak susukan faiq. Sampai je rumah terus susukan faiq. Ummi paksa faiq menyusu di payudara yang bengkak dahulu. Nampak sedikit kekurangan..tapi masih lagi tidak ringan dan kosong sepenuhnya. Malam macam biasa faiq tetap bangun untuk menyusu. Rasa lega sedikit...

Bangun  pagi macam biasa, solat subuh..siapkan bubur faiq dan breakfast untuk suami dan anak2. Mengadu kata abang, breast bengkak. Memang Risau, siapa cakap tak risau..macam2 duk fikir dalam kepala ni. Haritu pergi lagi kerja macam biasa, tapi sakitnya bengkak, kebetulan pagi tu ada mesyuarat… tak boleh tahan terus ummi keluar pergi surau nak perah susu,  ingatkan  dapatlah kurangkan bengkak, tapi keras Tuhan je yang tau. 

Terus call Klinik Pakar Sakit Puan ceritakan masalah, tapi dia tanya balik haritu masa bersalin dekat mana…bgtaula bersalin dekat hosp.Putrajaya..so staff klinik mintak ummi refer ke hosp yang bersalinkan faiq haritu.Macam tu pulak dah...
Selain hospital, cuba lagi cari alternatif lain, dengan bantuan en.google mencari jika ada yang mengalami masalah sama macam ummi lalui ni. da yang syorkan pergi berurut. Ummi terus call Cik Saniah, mak bidan yang urut lepas ummi habis pantang hari ke 100.
 
 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
zie aziela 019-2112858 atau email norazilahmr@gmail.com

Tips Pantas Penyusuan Susu Ibu Berjaya

Semua ibu berhajat untuk menyusukan bayinya sendiri. Tapi ramai yang tidak berjaya. Mengapa?

Jom kita lihat beberapa tips pantas untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
  • Bersabar 
Sekiranya ini adalah anak yang pertama, menyusu badan mungkin tidak semudah atau sesenang yang dijangka. Bersabarlah dan teruskan untuk beberapa minggu. Ia akan menjadi mudah apabila anda dan bayi sudah menyesuaikan diri. 
  • Teratur
Sangat penting untuk meletakkan bayi di payudara setiap kali menyusukannya dan elakkan memberi botol bagi mengelakkan bayi keliru.
  • Keyakinan
Ibu perlu yakin bahawa bayi akan mendapat susu yang mencukupi dari penyusuan badan.
  • Jangan takut untuk mendapatkan bantuan 
Adalah penting untuk meminta pertolongan dari kaunselor terlatih atau mendapat nasihat dari ibu2 yang berpengalaman.
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...