Pages

Bengkak Susu Jika Di biarkan Boleh Mengamcam Ibu- Part 1


Ini kisah 6 bulan lepas. lambat post di sini.
Sejak kembali bertugas rutin harian seperti biasa Cuma ada sedikit pertambahan iaitu pam susu untuk baby Faiq. Ummi dah niat nak susukan faiq sehingga 2 tahun. Seperti biasa waktu perahan susu faiq di Office setiap 3 jam sekali. 

Lepas  solat zohor, ummi macam biasa perah susu faiq dekat surau. Siap sesi perahan,ummi  tengok sebelah  payudara tidak kosong walaupun dah selesai sesi perahan. Bila pegang masih bengkak…Timbul rasa pelik, kenapa jadi macam ni. Pam lagi sekali tapi susu keluar tak banyak, payudara masih lagi bengkak.

Terus rasa cuak. Kenapa ni…tak pernah lagi berlaku macam ni. Ummi urut2 kan jugak supaya kembali lancar. Balik kerja ambil anak-anak dekat taska, masa tu memang dah tak sabar nak susukan faiq. Sampai je rumah terus susukan faiq. Ummi paksa faiq menyusu di payudara yang bengkak dahulu. Nampak sedikit kekurangan..tapi masih lagi tidak ringan dan kosong sepenuhnya. Malam macam biasa faiq tetap bangun untuk menyusu. Rasa lega sedikit...

Bangun  pagi macam biasa, solat subuh..siapkan bubur faiq dan breakfast untuk suami dan anak2. Mengadu kata abang, breast bengkak. Memang Risau, siapa cakap tak risau..macam2 duk fikir dalam kepala ni. Haritu pergi lagi kerja macam biasa, tapi sakitnya bengkak, kebetulan pagi tu ada mesyuarat… tak boleh tahan terus ummi keluar pergi surau nak perah susu,  ingatkan  dapatlah kurangkan bengkak, tapi keras Tuhan je yang tau. 

Terus call Klinik Pakar Sakit Puan ceritakan masalah, tapi dia tanya balik haritu masa bersalin dekat mana…bgtaula bersalin dekat hosp.Putrajaya..so staff klinik mintak ummi refer ke hosp yang bersalinkan faiq haritu.Macam tu pulak dah...
Selain hospital, cuba lagi cari alternatif lain, dengan bantuan en.google mencari jika ada yang mengalami masalah sama macam ummi lalui ni. da yang syorkan pergi berurut. Ummi terus call Cik Saniah, mak bidan yang urut lepas ummi habis pantang hari ke 100.
 
 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
zie aziela 019-2112858 atau email norazilahmr@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...