Pages

Pengembaraan 3 Budak Cilik Di Farm In The City Seri Kembangan, Keriangan Berganda

Assalamualaikum wbt. 
Seronok tengok kawan-kawan update cuti sekolah bawa family dan anak-anak berjalan. So, pada hari ahad lepas antara tempat yang berjaya mencuri hati kami sekeluarga adalah petting zoo yang terletak di Seri Kembangan. Mungkin dah ramai yang tahu tentang kewujudan Farm in The City sebuah petting zoo persendirian. Bagi yang belum tahu saya share sikit apa yang menarik disini. 
Pagi Ahad kami sekeluarga bersiap untuk ke sana, dan syukur cuaca pagi tu tak hujan walaupun sedikit mendung.  

Selepas jumpa papan tanda ni, anda perlu turun tangga untuk membeli tiket masuk, kaunter terletak di sebelah kiri. Harga tiket seperti dibawah.


adult 
kids (below 12) 
seniors (above 60) 
MyKad
30
25
25
Foreigner
48
38
38

Masa di kaunter saya serahkan mykad untuk kami berlima. Seronoknya kami sekeluarga layak untuk mendapatkan pakej family untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Faiq masuk percuma sebab masih baby. Pakej family anda layak dapat 4 kotak air percuma, 2 tiket naik kuda, kupon makanan RM10 untuk pembelian makanan di kafe Farm in The City dan kupon RM5 untuk membeli cenderamata.



4 kotak air
Tiket naik kuda Free, so sebelum melangkah lebih jauh kita bagi iman naik kuda dulu. Rania agak penakut dengan binatang-binatang ni. 1 tiket 1 pusingan, so iman dapatlah naik 2 pusingan.

Percuma 2 tiket kuda


Selesai naik kuda, misi diteruskan.
Iman pegang anak ayam, Rania pun teringin. Tiba-tiba ketakutan menghatui Rania, kesian anak ayam.
Tolong angkat saya

Geramnya saya

Faiq pun teringin jugak. Abah tolong pegangkan ye. Takut-takut berani jugak Faiq. 
Telur terbesar di dunia ialah telur burung Ostrich. Pekerja di situ suruh kami pijak atas telur tu. Lihat tak pecah pun.





Berat tak saya, tak pecah pun telur ni
Merasa juga burung naik atas tangan. Letak je tangan di situ.

Binatang ni lupa apa namanya. Yang satu lagi tu semua orang kenal.

Ular Sawa

Seterusnya kami masuk ke sini. Tengok apa yang kami jumpa.



Suka tau Usap-usap atas kepala, dapat tidur ni seronok jugak.



Seronoknya main timang-timang, timang tinggi sampai atas pokok.



Tak boleh jadi, nak merasa juga dukung, sekali haa geli geleman.




Kura-kura kat sini dibiarkan je lepas bebas. Faiq datang nak pegang juga tapi tiba-tiba je takut dan hampir-hampir menangis tengok kura-kura lagi besar dari dia.






Sang kancil yang memang pemalu, jauh je dia duduk.
Seterusnya kita masuk kadang arnab. Rania paling suka sebab boleh bagi arnab makan. 





Faiq yang ketakutan sebab tiba-tiba arnab pusing macam nak kejar dia..hehe

Lariiiiii
Masing-masing dah kepenatan. Kita rehat sebentar ye. Ummi tahu anak-anak ummi akan dahaga, so dari rumah tadi dah siap-siap bancuh Perormance Drink sebagai penghilang dahaga dan memberi tenaga untuk menghabiskan misi disini. Kenapa saya pilih Performance Drink





Tahu tak apa yang kami buat disini, boleh tangkap ikan. Setiap orang disediakan baldi kecil dan penyauk untuk tagkap ikan. 

Cuba punya cuba, ikan ni lari laju sangat la abah. Tak dapat, ummi pun tak dapat.



Next, Jom kita bagi ikan makan.

Makanan ikan pun percuma tau disini.



Tengok Merak cantiknya, posing dulu disini. 
 itik datang makan atas tapak tangan je. First time merasa.
Marila kat saya, saya ada makanan.
Seronoknya burung makan atas tapak tangan. semua datang kerumun abah. 

Rania bagi kura-kura makan, dia pulak minum air kotak. Sian kura-kura ni Rania, cuba bagi sikit air kotak tu..asyik makan batang kangkung je.
Berbanding dengan zoo, sejujurnya petting zoo lebih seronok dan merupakan tempat belajar bagi kanak-kanak. Pengunjung bukan sahaja boleh tengok tetapi boleh beri makanan, pegang nak peluk pun boleh. Disinilah antara tempat belajar untuk kita kenalkan kanak-kanak tentang alam haiwan.

Bagi yang ingin ke petting zoo ni sangat mudah. Betul-betul terletak di belakang Giant Seri Kembangan. Selepas trafic light simpang 4, ambil kanan terus ke belakang atau follow peta untuk mudahkan pencarian.




Semua dah penatkan, mari kita pulang. Ada rezeki lain kali kita datang lagi. Bagi yang mencari suplemen Shaklee boleh hubungi/sms/whatsapp saya Pn.Azilah 019-2112858. Penghantaran seluruh Malaysia dan konsultasi percuma. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...