Pages

Pengembaraan 3 Budak Cilik Di Farm In The City Seri Kembangan, Keriangan Berganda

Assalamualaikum wbt. 
Seronok tengok kawan-kawan update cuti sekolah bawa family dan anak-anak berjalan. So, pada hari ahad lepas antara tempat yang berjaya mencuri hati kami sekeluarga adalah petting zoo yang terletak di Seri Kembangan. Mungkin dah ramai yang tahu tentang kewujudan Farm in The City sebuah petting zoo persendirian. Bagi yang belum tahu saya share sikit apa yang menarik disini. 
Pagi Ahad kami sekeluarga bersiap untuk ke sana, dan syukur cuaca pagi tu tak hujan walaupun sedikit mendung.  

Selepas jumpa papan tanda ni, anda perlu turun tangga untuk membeli tiket masuk, kaunter terletak di sebelah kiri. Harga tiket seperti dibawah.


adult 
kids (below 12) 
seniors (above 60) 
MyKad
30
25
25
Foreigner
48
38
38

Masa di kaunter saya serahkan mykad untuk kami berlima. Seronoknya kami sekeluarga layak untuk mendapatkan pakej family untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Faiq masuk percuma sebab masih baby. Pakej family anda layak dapat 4 kotak air percuma, 2 tiket naik kuda, kupon makanan RM10 untuk pembelian makanan di kafe Farm in The City dan kupon RM5 untuk membeli cenderamata.



4 kotak air
Tiket naik kuda Free, so sebelum melangkah lebih jauh kita bagi iman naik kuda dulu. Rania agak penakut dengan binatang-binatang ni. 1 tiket 1 pusingan, so iman dapatlah naik 2 pusingan.

Percuma 2 tiket kuda


Selesai naik kuda, misi diteruskan.
Iman pegang anak ayam, Rania pun teringin. Tiba-tiba ketakutan menghatui Rania, kesian anak ayam.
Tolong angkat saya

Geramnya saya

Faiq pun teringin jugak. Abah tolong pegangkan ye. Takut-takut berani jugak Faiq. 
Telur terbesar di dunia ialah telur burung Ostrich. Pekerja di situ suruh kami pijak atas telur tu. Lihat tak pecah pun.





Berat tak saya, tak pecah pun telur ni
Merasa juga burung naik atas tangan. Letak je tangan di situ.

Binatang ni lupa apa namanya. Yang satu lagi tu semua orang kenal.

Ular Sawa

Seterusnya kami masuk ke sini. Tengok apa yang kami jumpa.



Suka tau Usap-usap atas kepala, dapat tidur ni seronok jugak.



Seronoknya main timang-timang, timang tinggi sampai atas pokok.



Tak boleh jadi, nak merasa juga dukung, sekali haa geli geleman.




Kura-kura kat sini dibiarkan je lepas bebas. Faiq datang nak pegang juga tapi tiba-tiba je takut dan hampir-hampir menangis tengok kura-kura lagi besar dari dia.






Sang kancil yang memang pemalu, jauh je dia duduk.
Seterusnya kita masuk kadang arnab. Rania paling suka sebab boleh bagi arnab makan. 





Faiq yang ketakutan sebab tiba-tiba arnab pusing macam nak kejar dia..hehe

Lariiiiii
Masing-masing dah kepenatan. Kita rehat sebentar ye. Ummi tahu anak-anak ummi akan dahaga, so dari rumah tadi dah siap-siap bancuh Perormance Drink sebagai penghilang dahaga dan memberi tenaga untuk menghabiskan misi disini. Kenapa saya pilih Performance Drink





Tahu tak apa yang kami buat disini, boleh tangkap ikan. Setiap orang disediakan baldi kecil dan penyauk untuk tagkap ikan. 

Cuba punya cuba, ikan ni lari laju sangat la abah. Tak dapat, ummi pun tak dapat.



Next, Jom kita bagi ikan makan.

Makanan ikan pun percuma tau disini.



Tengok Merak cantiknya, posing dulu disini. 
 itik datang makan atas tapak tangan je. First time merasa.
Marila kat saya, saya ada makanan.
Seronoknya burung makan atas tapak tangan. semua datang kerumun abah. 

Rania bagi kura-kura makan, dia pulak minum air kotak. Sian kura-kura ni Rania, cuba bagi sikit air kotak tu..asyik makan batang kangkung je.
Berbanding dengan zoo, sejujurnya petting zoo lebih seronok dan merupakan tempat belajar bagi kanak-kanak. Pengunjung bukan sahaja boleh tengok tetapi boleh beri makanan, pegang nak peluk pun boleh. Disinilah antara tempat belajar untuk kita kenalkan kanak-kanak tentang alam haiwan.

Bagi yang ingin ke petting zoo ni sangat mudah. Betul-betul terletak di belakang Giant Seri Kembangan. Selepas trafic light simpang 4, ambil kanan terus ke belakang atau follow peta untuk mudahkan pencarian.




Semua dah penatkan, mari kita pulang. Ada rezeki lain kali kita datang lagi. Bagi yang mencari suplemen Shaklee boleh hubungi/sms/whatsapp saya Pn.Azilah 019-2112858. Penghantaran seluruh Malaysia dan konsultasi percuma. 


Tips Panduan Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

Assalamualaikum, semoga semua sihat-sihat. Buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, apa khabar?

Entry kali ini saya tujukan Khas buat ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan. Disini saya kongsikan beberapa panduan penjagaan untuk ibu-ibu sekalian. Semoga memberi manfaat.

Dalam minggu pertama, ibu perlu mengabaikan tanggung jawab yang lain. Yang perlu diberi perhatian adalah penjagaan diri sendiri dan bayi.


Tip kedua, Tidur ketika bayi tidur. Ini penting agar tubuh ibu kembali segar setelah anda tidak dapat tidur lena pada malam hari kerana perlu menjaga bayi. Jika tidak dapat melelapkan mata, cukuplah sekadar  berbaring sambil menutup mata untuk berehat seketika.

Selain itu, sebaik sahaja luka sembuh ibu dah boleh melakukan senaman ringan dengan berjalan perlahan-lahan. Tempoh empat hingga enam minggu diperlukan sebelum senaman boleh dilakukan seperti biasa bagi ibu yang bersalin normal. manakala bagi ibu yang bersalin secara pembedahan enam hingga lapan minggu diperlukan untuk ibu boleh melakukan senaman.

Panduan keempat, ibu-ibu perlu pastikan menu harian sepanjang berpantang mempunyai pelbagai jenis sayur-sayuran hijau yang tidak sejuk dan berangin. Pengambilan sayur-sayuran sangat penting kerana kaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

Bertungku digalakkan buat ibu lepas bersalin kerana dapat membantu mengecut peranakan dan memberi kehangatan pada rahim. Selain itu amalan bertungku berfungsi mengeluarkan darah nifas dengan lancar. Amalan bertungku boleh dimulakan selepas lima hingga tujuh hari selepas bersalin. Bagi yang bersalin normal boleh menggunakan tungku besi dan batu. Manakala yang bersalin secara pembedahan hanya boleh menggunakan tungku batu. 



Sebaiknya pada minggu pertama kelahiran, ibu disyorkan berurut untuk mengembalikan tenaga disamping melancarkan aliran darah. Lakukannya selama tiga hari berturut-turut. Pada akhir pantang lakukan perkara yang sama untuk memastikan rahim kembali ke kedudukan asal dan melegakan otot-otot yang tegang.

Pengambilan jamu atau suplemen juga disyorkan untuk ibu kembali cergas dan bertenaga. Hari ini terdapat banyak jamu dan suplemen yang sesuai dan selamat diambil ibu lepas bersalin. Carilah jamu atau suplemen yang tidak memberi kesan kepada bayi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan.

Siapa Pernah Pergi Mr. DIY, Betul Ke Boleh Jimat ?

Assalamualaikum semua, belum terlambat nak ucapkan Selamat hari Malaysia. Asalnya takde nak plan ke mana-mana pun. Tapi Husband ajak pergi cari barang untuk opis baru. Orang baru pindah opis kan, memang excited la nak hias sana sini. Bila tanya nak cari barang apa? Rupanya ajak pergi cari paper tray, temapt alat tulis, tong sampah macam2 la. Kononnya nak hias bilik cantik-cantik supaya semangat untuk bekerja lebih ummpphhhhh. Kita layankan je la ye, macam pindah rumah baru plak tengok pada keterujaannya.

Kami decide untuk ke Bangi je cari kedai Mr. DIY. Sebab dapat tahu kedai DIY ni macam-macam ada.


Belum masuk lagi dah teruja sebab cantik dan menarik dari luar. Ambil troli, terus zazzzzzzz bergegas ke dalam. Memang best, serius best barang sangat banyak. Harga pun berbaloi-bloi. Boleh pilih dan match kan sendiri..Nak hiasan rumah ada, untuk kelengkapan dapur ada, tandas ada...mainan kanak-kanak pun ada. Fuhhhh ini memang betul-betul menguji kesabaran. Sebab Iman dengan Rania berlari sana sini, Faiq pulak ikut belakang. Mau tidak melompat ummi...nak tau apa yang diaorg jumpa...

Iman nak yang ni boleh ummi. Lego Iman ni harganya RM39.00 ada 381cs.

Rania nak yang ni boleh ummi, Ummi tengok harga RM59.00 ada 386pcs

Nasib baik Faiq tak pandai lagi cakap nak...Faiq pilih masuk bakul, ummi pilih angkut keluar, Kalau ikut mau terbeliak biji mata masa bayar kat kaunter kang..hehehee.

Tu bahagian Iman dan Rania, ni plak hasil tangkapan husband.
 
Siang
Malam


Lampu ni harga dia RM 6.90 je untuk 2 biji lampu. Beli nak letak dalam almari, so takdela bila malam buka almari asyik terkejut je kan. Nak pilih baju, kang terpegang benda lain pulak...hehehe gurau je. Nak buka lampu waktu malam masa anak tidur risau anak-anak terjaga.

Kipas ni beli letak kat opis husband supaya sejuk dan nyaman sket masa bekerja. Tong sampah ni pun sama..kenapa mesti nak beli tong sampah ye..kita layankan je, rasanya semua pejabat mesti ada sediakan tong sampah kan...Paper tray tak jumpa kat DIY Bangi. Next time kita cari lagi.



Ni hasil tangkapan ummi...mana boleh tengok saje. Mesti nak jugak tangkap 1 atau 2 barang. Murah la kotak ni. RM 7.90 sahaja. Tapi tengok siapa yang rembat...1 Iman rembat untuk letak mainan dia, 1 lagi Rania rembat. Habis ummi apa yang ada...huhuuuhuuu mau nangis la camni.




Bagi yang nak pergi usha-usha kedia DIY ni, boleh pergi ke alamat di bawah.

Tingkat 3
Bangi Utama, 43650 Bandar Baru Bangi.

Kalau rasa keliru Bangi Utama ni dekat mana, pernah pergi Warta tak? Haa kedai DIY ni ada dalam warta, naik lif terus pergi tingkat 3.
Selamat memborong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...