Pages

Showing posts with label Tips Ibu Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Tips Ibu Menyusu. Show all posts

Faiq Mendapat Gelaran Baby Shaklee

Sedar tak sedar yang dulunya bayi, sekarang dah besar. Dah macam2 ragam dan peelnya. Syukur Alhamdulillah Faiq diberikan kesihatan yang baik. Semoga niat untuk menyusukan Faiq sehingga 2 tahun dimakbulkan serta dimurahkan susu yang melimpah ruah. Faiq sekarang dah 1 tahun 4 bulan. 


Bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi secara eksklusif, masa bayi dalam kandungan sentiasa bercakap dengan baby, usap perut...tapi nak bercakap pun tengokla tempat jugak, nanti orang ingat g*** pulak sebab cakap dan senyum sorang diri. Percayalah apa yang kita niatkan kalau betul kerana Allah Taala, insyaAllah memang dipermudahkan jalan. Tapi ibu pun kenalah make sure pengambilan nutrisi mencukupi untuk ibu dan bayi. 


Faiq ni selalu digelarkan dia baby Shaklee, sebab saya mula makan Shaklee masa mengandungkan Faiq sampaila sekarang. Kesian kat abang dan kakak sebab lambat diperkenalkan dengan suplemen Shaklee yang Super Duper POWERRRrrrr.... Nak ambil suplemen atau tak terpulang kepada setiap individu..tapi berdasarkan pengalaman saya, perbezaan yang ketara semasa menyusukan iman, rania dan Faiq.


Bagi ibu yang tak nak ambil suplemen, pastikan mampu menyediakan kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan keperluan tubuh ibu dan anak. Taknaklah nanti berjaya menyusu sampai 2 tahun tapi keadaan ibu kusam je, tulang pun rapuh sebab anak dah ambil kalsium, ibu nampak tua dari umur, lesu dan lemah je... Ohhh Nooooo, tak nak kan?



Tips Pantas Penyusuan Susu Ibu Berjaya

Semua ibu berhajat untuk menyusukan bayinya sendiri. Tapi ramai yang tidak berjaya. Mengapa?

Jom kita lihat beberapa tips pantas untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
  • Bersabar 
Sekiranya ini adalah anak yang pertama, menyusu badan mungkin tidak semudah atau sesenang yang dijangka. Bersabarlah dan teruskan untuk beberapa minggu. Ia akan menjadi mudah apabila anda dan bayi sudah menyesuaikan diri. 
  • Teratur
Sangat penting untuk meletakkan bayi di payudara setiap kali menyusukannya dan elakkan memberi botol bagi mengelakkan bayi keliru.
  • Keyakinan
Ibu perlu yakin bahawa bayi akan mendapat susu yang mencukupi dari penyusuan badan.
  • Jangan takut untuk mendapatkan bantuan 
Adalah penting untuk meminta pertolongan dari kaunselor terlatih atau mendapat nasihat dari ibu2 yang berpengalaman.
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...