Pages

Choose Your Daily Intake According to the Serving Size Recommended

Tajuk kemain gempak...malam2 saje nak kasi warm up sket. Entry malam ni nak share pasal KALORI. Agak-agak dalam sehari berapa pengambilan kalori kita? Kalori ialah unit tenaga. Berapa banyak tenaga yang kita gunakan sehari so sebanyak tu la kalori dipelukan.


For example :
  1. If you are a very sedentary women an older adult, then your recommendations is the lower caloric intake of 1500kcal per day.
  2. For most children, teenage girls, moderately active women and many sedentary men, the recommendations for caloric intake is 2000kcal per day.
  3. For teenage boys, many active men, some very active women as well as underweight men and women, the recommendations for caloric intake can be more than 2500kcal per day.
  • TIPS penting dan Mudah untuk ingat : sekiranya anda seorang yang sangat aktif, kalori yang diperlukan juga lebih..TETAPI, jika anda seorang yang SEDERHANA AKTIF, less calories is NEEDED per day.
Dah tau macamna nak kira? bagi anda yang kurang aktif kalau breakfast dah ambil 300 kalori, Lunch 900 kalori, so dinner boleh makan berdasarkan balance yang tinggal tu je la ye.

Masih pening lagi...ok saya bagi contoh :
Breakfast : Nasi lemak + telur + sambal bilis = 450 kcal




Lunch      : Nasi putih +  ikan kembung masak kari + sayur = 850kcal
Dinner     : Balance yang tinggal adalah 200 kcal, so pilihla makanan yang  range kalori 200 sahaja.





Next entry saya sambung lagi ye tentang kalori intake


Bahaya Air Kosong

Kebanyakan para ibu gemar memberikan air kosong dengan alasan mahu membilas lidahnya yang diselaputi dengan kesan putih yang timbul selepas menyusu. Malah ada juga yang menggunakan air kosong semata-mata mahu merawat jaundis yang dialami bayi baru lahir. 

Ibu-ibu JANGAN berikan anak anda yang baru lahir air kosong. Jom kita buat research sedikit. Kenapa air kosong sangat merbahaya kepada bayi. Menurut Dr. Jennifer Anders, Pakar Pediatrik dari John Hapkins Children's Centre, bayi berusia 6 bulan ke bawah tidak memerlukan air tambahan selain susu ibu kerana ia boleh meragut nyawa.



Tahukah kita sebagai ibu bahawa susu ibu mengandungi 88% AIR. Jadi bayi kita tidak memerlukan sebarang air tambahan. Kesan putih yang timbul boleh dihilangkan dengan mengelap menggunakan kain lembut yang dibasahakan dahulu. Manakala jaundis dapat diatasi dengan kerap memberi susu ibu dan bilirubin dalam tubuh dapat disingkirkan dengan cepat melalui pembuangan air atau najis.

Ingatlah selalu bahawa susu ibu mempunyai amaun yang mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi. Setiap kali bayi nampak dahaga, bagi susu badan ye. Ibu juga perlu tahu bahawa buah pinggang bayi masih belum cukup matang. Memberi air kosong berlebihan akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair yang berlebihan dan akibat kehilangan garam itu, ia bakal mempengaruhi aktiviti otak bayi.

Antara masalah yang boleh timbul rentetan daripada memberi air kosong kepada bayi berusia bawah 6 bulan :
  1. Mengancam nyawa - KENAPA? Air kosong yang kita beri berkemungkinan mengandungi kuman lazimnya apabila ia diperolehi daripada sumber tidak bersih/selamat. Oleh itu, bayi kita terdedah kepada masalah cirit-birit.
  2. Menghakis Pelindung Penyakit - Air kosong akan menghakis salutan pelindung (imun) yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kita kepada pelbagai jenis penyakit.
  3. Merencatkan tumbesaran - Saiz perut bayi sangat kecil, apabila diberi air kosong akan menyebabkan dia kenyang dan tidak berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya bayi tidak mendapat khasit susu ibu yang sangat diperlukannya. Air kosong tidak mengandungi apa2 jenis khasiat, jadi akibatnya pertumbuhan dan kesihatan bayi terjejas.
  4. Jaundis - Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin dalam darah dan didapati menigkatkan risiko jaundis. Hasil kajian yang dijalankan oleh pakar laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi yang terkena jaundis sehingg boleh menyebabkan masalah terencat akal.
Berdoalah agar bayi kita selamat dan dilindungi. Para ibu digalakkan menyusu bayi dengan susu ibu, sebolehnya sehingga bayi kita berusia 6 bulan. Bukanlah suatu jangka masa yang lama, tetapi faedah dan khasiat dari susu ibu tidak terhingga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...