Pages

Awas Jika Anak Minat Lego, Anda Pasti Antara Mangsanya

Assalamualaikum semua.

Dah settle kan part shopping di MR DIY. Ingatkan dah boleh rehat la balik rumah.
Tapi baru nak rehat-rehat, anak-anak pulak ajak buat lego.
Kan ummi dah beli lego, abg iman dengan rania buat dulu boleh. Tengok kertas dalam tu..ada step by step di ajar. tapi bila cakap macamtu, banyak pulak jawapan diaorang. Lego ni kecik-kecik sangat, tak pernah buat lagi la lego macam ni...

Nak tak nak terpaksa jugakla ummi dengan abah tolong. Okla ummi tolong rania buat lego, abah tolong abg iman.

Sekali buka kotak, tu diaaaaa....amik kau...kecik-kecik je lego dia.
Mari kita menyusun mengikut arahan di dalam gambar. 
Susun punya susun, sekali tengok baru m/s 6 daa. ini baru base je. Mau nagis rasanya, ada 17 m/s lagi. 

Takpe kita mesti fokus untuk siapkan lego ni. Buat, punya buat, susun punya susun... tengok tu, faiq slumber je datang landing atas lego-lego ni. Kakak Nia dah mula geram dengan faiq.



Tengok abah, seriusnya muka. Mau tidak kan bang, tuan punya lego dah pergi main sana sini, lepas tu datang tanya je. Dah siap ke abah...huhuuuu

Akhirnya...Alhamdulillah, yahooo hoooraaaayyyyyy....berjaya menyiapkan lego iniselepas berhempas pulas selama beberapa jam.




Hasilnya...senyum meleret Iman dan Rania. Abah jugakla yang melepek kepenatan.

Bagi yang berminat untuk dapatkan suplemen shaklee akibat Selalu rasa penat akibat kerja harian, saya syorkan ambil B-Complex 1 biji  dan vita lea 1 biji  sehari. Tapi bagi yang tak suka tablet, cadangan saya anda boleh minum Cinch Tea Mix atau Energizing Soy Protein. Bukan sahaja bertenaga malahan boleh bantu bakar kolestrol disamping itu ESP juga mengeyangkan.

Nak order, senang je. Boleh click terus Saya Mahu Cergas
 atau hubungi saya untuk tempahan.

 ✍ PM: http://www.facebook.com/messages/kongsi sihat

✐ Blog: http://kongsihat.blogspot.com/
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-211 2858
➲ COD Area: Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil & Bangi


 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Ketahui Rawatan Awal Cirit Birit Ketika Mengandung


Masalah sakit perut dan cirit-birit biasa berlaku ke atas sesiapa sahaja termasuk ibu hamil. Puncanya adalah masalah tersilap makan. Tentu sahaja bakal ibu berasa bimbang akan keselamatan anak dalam kandungan.
Sebenarnya selagi anda sihat, badan mempunyai banyak kaedah pertahanan semula jadi yang dapat melindungi bayi. Walaupun ibu hamil mengalami masalah cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun kehilangan tenaga dan air dalam badan akibat cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan menjejaskan kesihatan ibu sendiri. Oleh itu beberapa langkah rawatan awal mesti dilakukan seperti berikut:

*Banyak berehat kerana anda pasti keletihan akibat kehilangan banyak tenaga.

*Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.
*Walaupun sakit perut dan cirit-birit, anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
*Minum minuman yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.
*Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.
*Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.
Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli keluarga yang lain. Credit majalah PA&MA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...