Pages

Doakan Saya Mampu Menghantar Mak & Abah Ke Tanah Suci

Kenapa suka sangat nk buat bisnes ni...elok2 dah dapat gaji bulan2, tapi sanggup susahkan diri untuk buat kerja susah. Kan kalau pergi tidur lagi baik, pergi tengok tv lagi baik, pergi shopping ke..tapi saya nak ada pilihan dalam hidup ni. Saya nak memilih. Apa yang saya nak pilih tu? banyak yang saya nak pilih, antaranya saya nak pilih untuk hantar mak dan abah ke Mekah selagi mereka masih hidup, saya tau mak nak sangat pergi ke mekah..tapi buat masa ni belum cukup kemampuan untuk kesana...Saya nak ada pilihan. Saya nak pilih supaya mak abah dapat mengerjakan haji/umrah dekat dengan tempat penginapan, mak bukannya boleh jalan jauh sangat sebab kat bulu lali mak ada besi. Mak pernah terjatuh dan sampai sekarang besi tu kekal kat buku lali. 

Abah? Abah pun dah tua, dari dulu sampai sekarang tak berhenti-henti kerja. Abah manalah boleh duduk diam, muka abah penuh sejuta pengharapan pada anak-anaknya. 
Saya mahu diberikan pilihan, tapi kenapa tak nak memilih.

Saya percaya Kepada semua yang terlibat dalam dunia perniagaan (tak kisahlah bisnes apa pun), percaya berniaga merupakan 9 dari 10 pintu rezeki.. jadi hasil dari berniaga memang sangat besar kadang tu tak terjangkau dek akal pemikiran..sebab itulah cabaran berniaga pun sangat besar...perlukan kesabaran, pengorbanan, kasih sayang, komiten, fokus dan meletakkan sepenuh pergantungan Kepada Yang Maha Esa. Semua tu takkan terhasil dalam sekelip mata.

Kita sambung next entry. Tak boleh nak taip panjang2, sebak bila sebut mak abah.

~Zie Aziela~




 

Thalasemia ~Adakah Anda Pembawa

Thalasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk. Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.
 
Penyakit ThTalasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Epidemiologi :
Penghijrahan masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia.

Seorang daripada setiap 20 orang rakyat Malaysia adalah pembawa Talasemia. Di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 600 ribu hingga 1 juta adalah pembawa Talasemia dan dianggarkan seramai 2500 pesakit pembawa Talasemia Utama. Biasanya kaum Melayu, Cina dan Sabah tetapi jarang terdapat di kalangan kaum India dan juga rakyat peribumi Sarawak.

Bagaimana Talasemia boleh diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak?

Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah.

Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:
  • Kedua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.
  • Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.
  • Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko. Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...