Pages

Kenapa Buasir Sinonim Dengan wanita Lepas Bersalin

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit gatal dan boleh berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh kerana terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol. Kadangkala boleh menyebabkan pecah terutamnya sewaktu meneran.

Siapakah yang berisiko untuk terkena buasir? Jika anda sentiasa duduk, meneran ketika najis keras atau sembelit, duduk mencangkung terlalu lama di dalam tandas, batuk yang teruk, mengangkat berat dan ibu yang baru lepas bersalin.

Bagi ibu yang mengalami buasir selepas melahirkan, jangan meneran sewaktu membuang air besar teruatama apabila mengalami sembelit. Ibu-ibu disarankan untuk kerap mengambil minuman bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. 

Sekiranya cara yang disyorkan tidak dapat membantu, pengambilan ubat dapat membantu. Terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai fungsi berlainan. Contohnya ubat yang boleh melembutkan najis iaitu lactulose ataupun forlax. Bagi mengecutkan buasir pula, anda boleh menggunakan daflon. Bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan dubur pula, gunakan ubat jenis suppositories. Walau bagaimanapun, jika setiap kaedah yang dinyatakan tidak berjaya, anda perlu menjalani pembedahan seperti rubber banding atau haemorrhoidectomy bagi memulihkan keadaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...