Pages

Usus Kotor Punca Masalah Penghadaman

Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada apa yang kita makan. Apa yang masuk ke perut sudah semestinya melalui usus atau kolon. Apabila usus atau kolon kita kotor atau tersumbat, apa akan berlaku? Sudah pasti akan menghadapi masalah penghadaman.
Antara punca masalah penghadaman ialah:

1. Stres (tekanan): Apabila kita mengalami stres, sebagai langkah survival, badan akan mengalihkan tenaga, darah, enzyme dan oksigen daripada organ penghadaman ke tempat lain di dalam badan.

2. Antibiotik: Pengambilan antibiotik yang terlalu banyak boleh membunuh bakteria baik di dalam sistem penghadaman kita.




3. Diet yang tidak sihat: Makanan yang diproses tidak bagus untuk kesihatan. Ini kerana dalam proses penghasilan makanan ini, segala nutrien dan fiber yang terkandung dalam gula dan karbohidrat akan dibuang.

4. Pemakanan berfiber rendah: Badan kita memerlukan makanan komponen seperti fiber untuk mengeluarkan sisa menerusi usus. Kekurangan fiber boleh mengakibatkan sembelit. Apabila kita mengalami sembelit, sebahagian daripada toksin daripada sisa makanan akan diserap masuk ke saluran darah.

5. Makanan mentah yang tidak mencukupi: Enzyme dalam makanan membantu penghadaman dan ini dihasilkan menerusi makanan mentah. Makanan yang dimasak melebih 116 darjah akan memusnahkan ezyme.

6. Nitrat (yang didapati dalam ikan bakar, jeruk) pernah dikaitkan sebagai punca kanser perut.

7. Merokok dan alkohol.

8. Tabiat makan: Makanan yang tidak dikunyah dengan baik sebelum ditelan akan menyebabkan perut banyak angin, senak dan kembung. Ia juga boleh mengakibatkan sembelit.

9. Makan buah bercampur dengan makanan lain: Buah-buahan perlu dimakan tanpa dicampur dengan makanan lain kerana ia mengandungi enzyme yang tinggi. Buah-buahan hanya mengambil masa antara 20-30 minit untuk melalui sistem penghadapi dan untuk nutrien diserapkan. Jika buah-buahan dimakan bersama makanan lain, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadam. Buah-buahan itu akan “terperam” dalam proses penghadaman dan mengakibatkan gastrik. Pengambilan protein dengan makanan berkanji seperti pasta dan kentang akan menjadikan sistem penghadaman mengalami stres.

10. Dadah/ubat: Hampir semua dadah/ubat dan kimia tidak elok untuk sistem penghadaman. Banyak ubat yang boleh menjejaskan sistem penghadaman, antaranya pil perancang keluarga, antacids, antihistamines, laxatives, steroid, alkohol dan banyak lagi. Ubat anti-radang seperti aspirin dan acetaminophen boleh merosakkan dinding perut dan menjejaskan penghadaman dan boleh mengakibatkan jangkitan.

11. Penggunaan racun seranga dan racun rumpai.

12. Toxin daripada pencemaran alam sekitar. Kehidupan serba moden mendedahkan kita kepada pencemaran alam sekitar termasuk kimia, radiasi, air yang tercemar, raksa dan logam. Apabila kita terdedah kepada perkara-perkara ini, badan kita secara semulajadi akan bertindak balas untuk menyingkirkannya dan proses ini menggunakan banyak tenaga, lantas mengakibatkan tenaga untuk menghadam berkurangan.

Untuk memastikan usus/kolon anda bersih supaya sistem penghadaman lancar dan badan kita sihat boleh cuba Herb-Lax Shaklee bagi membantu meningkatkan proses pencernaan secara lawas dan mengurangkan sembelit.
Maklumat lanjut; 


☎ ✉ 019-2112858

 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...